Thursday, May 15, 2014

BERHENTI KERJA PART THREE

   Tanggal 1hb mei 2014, bermula episod aku sebagai orang baru dalam dunia perniagaan. Susah senang aku terpaksa hadapi sendiri, bukan lagi gaji yang sentiasa ditunggu-tunggu setiap hujung bulan. Mengapa aku berani sangat?? Mengapa aku pilih jalan yang susah?? Mengapa aku pilih kehidupan yang tidak menentu?? Mengapa dan mengapa??
    Aku ceritakan dulu dalam post yang lepas, tawakal-yakin letakkan Allah di tempat pertama, inshaaAllah.Semua rakan-rakan yang berjumpa akan bertanya, pastikah jalan yang aku pilih ini? tak rugikah masa depan? Susah nanti nk masuk kerja semula. Setiap soalan yang diajukan berkisar dengan kehidupan kita. Kita yakin hanya bekerja dengan X company kita boleh hidup tapi tidak jika kita bekerja sendiri. Dalam erti kata lain, kita tidak yakin pada Allah.
    Mulanya aku tidak yakin, aku susun langkah. Mungkin ramai yang tidak tahu jenis perniaagan yang aku jalankan. Aku buat kereta sewa. Bisnes yang langsung tiada dalam fikiran aku selama hidup di muka bumi ini. Tiada kepakaran, tiada ilmu, tiada rakan-rakan yang pernah terlibat, tiada apa-apa pun. inilah yang dikatakan susunan perjalanan kehidupan dari Allah tiada tolok bandingnya. Aku hanya menyusun langkah, tetapi langkah-langkah aku dirapikan oleh Allah. MashaaAllah hebat nya kuasa Mu ya Allah.
    Allah telah memperkenalkan seorang insan yang dapat merubah hidup aku. Dengan izin Allah insan bernama Shahril Sidek mempertemukan aku dengan team yang hebat, leader yang hebat dalam bidang hartanah dan kereta sewa. Sesi perkenalan aku tidak seperti orang lain, aku kenal melalui blog.Hanya dari bualan telefon, pesanan ringkas(sms)aku beri padanya hampir 50k cash tanpa ada sebarang keraguan untuk beli rumah lelong. Aku tidak kenal rapat, aku tidak tahu mana tempat tinggal tapi aku yakin Allah penentu segala.
       Alhamdulillah segala berjalan lancar, dan dari situ aku dapat lihat ofis klezcar. Tempat berkumpul orang-orang yang hebat berlatarbelakang pelbagai. Dari gaji asal 1k hingga gaji 20k sebulan semasa makan gaji. Tetapi mereka memilih kereta sewa sebagai punca rezeki. Aku terkesima, melihat perpaduan, ukhwah mereka dalam menjalankan bisnes kereta sewa. Mulalah aku korek rahsia dari shahril, dan suatu malam aku ingin berjumpanya di Desaria restoran.  Satu meja aku duduk, ada tiga orang - shahril-orang tua berjambang dan seth. Siapakah mereka??? aku ku sambung ... aku nak tengok wayang di kala orang bekerja.. inshaaAllah.

Friday, April 18, 2014

BERHENTI KERJA PART TWO.
     Waktu petang ketika aku menulis, anda sedang menghabiskan sisa waktu bekerja pada hari terakhir minggu bekerja. Apa yang anda rasa?? Teruja kerana esok sabtu?? Atau berasa lega kerana bebas dari beban kerja yang menghantui sepanjang minggu ini?? Atau anda rasa tidak puas bekerja?? Ini bergantung terhadap individu dalam mentafsir keterujaan dalam bekerja.
      Ada yang sanggup bekerja tanpa memikirkan soal wang hanya demi kepuasan diri, ada yang bekerja semata-mata kerana wang dan ada yang bekerja kerana kedua-duanya. Dimanakah letaknya kita? Aku hidup dalam suasana bekerja dalam erti kata lain makan gaji, keluarga makan gaji dan rakan-rakan makan gaji. Aku tidak nampak perbezaan cara hidup (lifestyle) orang yang rapat denganku. 
      Cara hidup yang aku maksudkan, perjalanan kehidupan seharian. Semuanya sama. Mampukah kita hadapinya sepanjang hidup melakukan perkara yang sama? Gaji yang sama, kerja yang sama, kehidupan yang sama - COMFORT ZONE-. Keselesaan ini yang membutakan kita semua. kita lupa pada pencipta. Setiap hujung bulan acap kali kita menerima gaji, kita akan lakukan perkara yang sama. Usaha yang sama, usaha yang sedikit atau usaha yang lebih kita tetap menerima gaji yang sama. 
       Tetapi, adakah kita bersyukur? Adakah kita berdoa supaya dimurahkan rezeki sebelum menerima gaji? Rata-rata aku rasa tidak kerana kita yakin gaji tetap ada. ini berbeza apabila aku tidak makan gaji lagi. Aku meletakkan yang maha esa di tempat teratas, aku meminta setiap hari semoga dimurahkan rezeki kerana aku tahu, aku hanya bergantung hanya padaNya. Bukan lagi gaji setiap bulan yang pasti ku terima, tetap usaha apa yang ku lakukan itu menentukan pendapatan aku, dengan itu aku sentiasa mengingatiNya. Ini sangat berbeza sebelum ini.
             Pada mulanya, aku fikir, aku berhenti kerja kerana wang, atau pun masa. Namun ia berubah pada dasarnya. Aku berhenti kerana aku lebih dekat padaNya. Aku berhenti kerana aku sentiasa berhubung dengaNya. ALLAHUAKBAR. Allah telah membuka pintu hatiku, membuka peluang yang selama ini aku tidak sedar. Kebergantungan aku kini hanya pada Allah yang maha esa. Ya Allah aku bersyukur dengan nikmat perubahan yang engkau berikan, jadikanlah ia kepada rakan-rakanku supaya menikmati perhubungan abadi ini. InshaaAllah.

Monday, March 24, 2014

BERHENTI KERJA. KENAPA?

                                 
Dah xtau nak watpe. jari jemari mengisi ruang2 kosongsambil ditemani riuh rendah pasar malam berhampiran rumah. Ketika kit aenak beristirehat di rumah, masih ramai di luar sana membanting tulang mencari rezeki. Ada yan gmakan gaji, ada yang kerja sendiri.

Ketika melihat peniaga pasar malam berniaga saban hari, aku kadang terfikir. Mampukah mereka menyara hidup yang kini kos sara hidup meningkat berkali ganda. Dengan peningkatan harga barang yang naik secara mendadak tanpa  dapat dikawal pihak berwajib. Tapi.... mereka masih di situ..
kekal berniaga.

Tatkala kita menanti.. terus menanti.. adakah kita mampu mengharungi kehidupan yang semakin hari menekan. Kehidupan di kotaraya berbeza di luar bandar. Aku lihat pakcik makcik wlaupun bekerja sendir dgn pendapatan tidak menentu masih dapat meneruskan kehidupan. Sumber makann yang tidak terhad, tanah yang luas dapat diusahakan dengan mmberi pulangan setidak tidak menjadi santapan lauk tengahari dan makan malam.

Di bandar, mampukah kita?? Aku sendiri mmbesar di kota, mencari nafkah dengan tulang empat kerat, keluar pagi pulang malam masih terasa bebanan untuk melepaskan diri dari kos sara hidup yang tinggi. Aku seorang guru, selama 4tahun dan awalnya aku gembira tetapi sejak kebelakangan ini aku terasa terbeban. Kata orang kerja guru senang, gaji besar dan banyak masa.

Tanya guru-guru sekarang, ungkapanitu masih bole digunapakai?? tepuk dada, tanya selera. Akan aku cerita kenapa aku berhenti kerja.