Waktu petang ketika aku menulis, anda sedang menghabiskan sisa waktu bekerja pada hari terakhir minggu bekerja. Apa yang anda rasa?? Teruja kerana esok sabtu?? Atau berasa lega kerana bebas dari beban kerja yang menghantui sepanjang minggu ini?? Atau anda rasa tidak puas bekerja?? Ini bergantung terhadap individu dalam mentafsir keterujaan dalam bekerja.
Ada yang sanggup bekerja tanpa memikirkan soal wang hanya demi kepuasan diri, ada yang bekerja semata-mata kerana wang dan ada yang bekerja kerana kedua-duanya. Dimanakah letaknya kita? Aku hidup dalam suasana bekerja dalam erti kata lain makan gaji, keluarga makan gaji dan rakan-rakan makan gaji. Aku tidak nampak perbezaan cara hidup (lifestyle) orang yang rapat denganku.
Cara hidup yang aku maksudkan, perjalanan kehidupan seharian. Semuanya sama. Mampukah kita hadapinya sepanjang hidup melakukan perkara yang sama? Gaji yang sama, kerja yang sama, kehidupan yang sama - COMFORT ZONE-. Keselesaan ini yang membutakan kita semua. kita lupa pada pencipta. Setiap hujung bulan acap kali kita menerima gaji, kita akan lakukan perkara yang sama. Usaha yang sama, usaha yang sedikit atau usaha yang lebih kita tetap menerima gaji yang sama.
Tetapi, adakah kita bersyukur? Adakah kita berdoa supaya dimurahkan rezeki sebelum menerima gaji? Rata-rata aku rasa tidak kerana kita yakin gaji tetap ada. ini berbeza apabila aku tidak makan gaji lagi. Aku meletakkan yang maha esa di tempat teratas, aku meminta setiap hari semoga dimurahkan rezeki kerana aku tahu, aku hanya bergantung hanya padaNya. Bukan lagi gaji setiap bulan yang pasti ku terima, tetap usaha apa yang ku lakukan itu menentukan pendapatan aku, dengan itu aku sentiasa mengingatiNya. Ini sangat berbeza sebelum ini.
Pada mulanya, aku fikir, aku berhenti kerja kerana wang, atau pun masa. Namun ia berubah pada dasarnya. Aku berhenti kerana aku lebih dekat padaNya. Aku berhenti kerana aku sentiasa berhubung dengaNya. ALLAHUAKBAR. Allah telah membuka pintu hatiku, membuka peluang yang selama ini aku tidak sedar. Kebergantungan aku kini hanya pada Allah yang maha esa. Ya Allah aku bersyukur dengan nikmat perubahan yang engkau berikan, jadikanlah ia kepada rakan-rakanku supaya menikmati perhubungan abadi ini. InshaaAllah.
Doakan gua boley ikut jejak langkah lu bang....
ReplyDelete