Tanggal 1hb mei 2014, bermula episod aku sebagai orang baru dalam dunia perniagaan. Susah senang aku terpaksa hadapi sendiri, bukan lagi gaji yang sentiasa ditunggu-tunggu setiap hujung bulan. Mengapa aku berani sangat?? Mengapa aku pilih jalan yang susah?? Mengapa aku pilih kehidupan yang tidak menentu?? Mengapa dan mengapa??
Aku ceritakan dulu dalam post yang lepas, tawakal-yakin letakkan Allah di tempat pertama, inshaaAllah.Semua rakan-rakan yang berjumpa akan bertanya, pastikah jalan yang aku pilih ini? tak rugikah masa depan? Susah nanti nk masuk kerja semula. Setiap soalan yang diajukan berkisar dengan kehidupan kita. Kita yakin hanya bekerja dengan X company kita boleh hidup tapi tidak jika kita bekerja sendiri. Dalam erti kata lain, kita tidak yakin pada Allah.
Mulanya aku tidak yakin, aku susun langkah. Mungkin ramai yang tidak tahu jenis perniaagan yang aku jalankan. Aku buat kereta sewa. Bisnes yang langsung tiada dalam fikiran aku selama hidup di muka bumi ini. Tiada kepakaran, tiada ilmu, tiada rakan-rakan yang pernah terlibat, tiada apa-apa pun. inilah yang dikatakan susunan perjalanan kehidupan dari Allah tiada tolok bandingnya. Aku hanya menyusun langkah, tetapi langkah-langkah aku dirapikan oleh Allah. MashaaAllah hebat nya kuasa Mu ya Allah.
Allah telah memperkenalkan seorang insan yang dapat merubah hidup aku. Dengan izin Allah insan bernama Shahril Sidek mempertemukan aku dengan team yang hebat, leader yang hebat dalam bidang hartanah dan kereta sewa. Sesi perkenalan aku tidak seperti orang lain, aku kenal melalui blog.Hanya dari bualan telefon, pesanan ringkas(sms)aku beri padanya hampir 50k cash tanpa ada sebarang keraguan untuk beli rumah lelong. Aku tidak kenal rapat, aku tidak tahu mana tempat tinggal tapi aku yakin Allah penentu segala.
Alhamdulillah segala berjalan lancar, dan dari situ aku dapat lihat ofis klezcar. Tempat berkumpul orang-orang yang hebat berlatarbelakang pelbagai. Dari gaji asal 1k hingga gaji 20k sebulan semasa makan gaji. Tetapi mereka memilih kereta sewa sebagai punca rezeki. Aku terkesima, melihat perpaduan, ukhwah mereka dalam menjalankan bisnes kereta sewa. Mulalah aku korek rahsia dari shahril, dan suatu malam aku ingin berjumpanya di Desaria restoran. Satu meja aku duduk, ada tiga orang - shahril-orang tua berjambang dan seth. Siapakah mereka??? aku ku sambung ... aku nak tengok wayang di kala orang bekerja.. inshaaAllah.
Mantopss...
ReplyDeleteSegan aku
ReplyDeletehaha.. segan lagi..... yang baik kita ikut...hehe
ReplyDeleteAlaa..tgh syok bace..bersambung lagi..
ReplyDeleteCepat cepat la..sambung lagi crite.
yg bejambang tu org tua ke? huhuhu
ReplyDeleteSABAR TUAN2... HAHA
ReplyDelete