Friday, January 16, 2015

MISI BANTUAN BANJIR | KLEZCAR

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

      Hampir sebulan bencana alam menyinggahi bumi Malaysia. Tanpa di duga, musibah banjir tahun 2014 adalah yang terburuk sepanjang hampir 40 tahun. Persiapan menghadapi banjir tidak mencukupi kerana sebelum ini ia tidak seburuk 2014. Ramai yang kehilangan tempat tinggal, keluarga tercinta, sahabat handai dan haiwan ternakan.

      Kesan banjir kali ini dapat dilihat setiap pelusuk negeri yang terlibat, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis. Kemusnahan kali ini disampaikan oleh Allah supaya kita sebagai manusia senantiasa beriman kepadaNya. Kita sebagai makhluknya harus menerima ujian ni dengan redha dan membantu mangsa-mangsa banjir dari segi wang, masa dan tenaga. Sesunguhnya, Allah akan membalas kebaikan walaupun sebesar zarah. Tinggalkan kesenangan kamu, kongsilah pengalaman mereka dan bantulah mereka yang sekarang ini amat memerlukan sokongan anda semua.

        Misi bantuan banjir kali ke 3 oleh Partners KLezcar di Batu 11 Kg serian
        Klezcar telah tiga kali ke Kelantan dalam misi bantuan banjir. Bantuan yang kami sampaikan adalah sumbangan orang ramai, individu dan syarikat. Alhamdulillah, walaupun kami pergi tanpa rancangan, namun Allah membantu menyusun waktu kami di sana. Misi bantuan banjir yang pertama, kami ke Pasir Mas dan membantu mangsa banjir di Kg Meranti. 
        Tidak cukup dengan itu, ada penyumbang tidak putus menderma, dan kami gunakan wang untuk membeli barang keperluan di Tesco Kota Bharu. Esok hari kami sampaikan kepada penduduk Rantau Panjang yang kekurangan bekalan makanan. Kami bermalam di masjid Pasir Mas selama dua malam, dengan bantuan adik-adik dari Kolej Islam Selangor.


Rantau Panjang dilanda banjir 2014


       Misi bantuan banjir kali kedua dengan muatan lori 10tan dan 12buah 4x4 bergerak dari tol gombak jam 3pagi. Seperti biasa tiada arah tujuan, namun Allah mudahkan kami. Kami berhenti solat subuh di R n R Merapoh, ketika itu satu rombongan juga ke Kelantan. Salah seorang pemuda mendekati kami, bertanyakan hal tuju kami. Kami katakan kami masih belum tahu ke mana hendak dihantar bantuan-bantuan ini. Pemuda itu dengan nama panggilan Wan menyatakan kampungnya tiada bekalan makanan, tiada bantuan yang sampai di sebabkan terputus hubungan. Oleh yang demikian, kami mengikutinya menghala ke Kuala Krai.
        Setelah sampai di JPJ Kuala Krai, kami memunggah barang bantuan untuk dibawa ke kampung Karangan. Lori yang membawa bantuan tidak dapat masuk kerana jalan di naiki air dan merbahaya.

Kg Karangan Kuala Krai- terpaksa berjalan kaki dan menunda sampan.

      Misi bantuan kali ketiga kami pergi dengan 8buah pacuan empat roda. Kami terus ke Kuala Krai kerana mendapat berita kawasan di sana masih belum mendapat bantuan sepenuhnya. Sampai di sana kami dapati banyak bantuan dari pelbagai agensi, ngo dan kerajaan negeri telah tiba. Kami membuat keputusan untuk turun semula ke Gua Musang hasil perbincangan dengan ahli Peka iaitu Wak Ros. 






          Perjalanan yang mengambil masa satu jam tidak dirasai kerana semangat ingin membantu berkobar-kobar. Kami tidak dibayar walau sesen pon. Kami tidak inginkan populariti. Saya menulis pengalaman ini adalah sebagai bukti kepada penderma-penderma budiman di luar sana. Semoga Allah membalas berlipat ganda sumbangan yang diberikan. Kami tidak mahu disalahertikan, menggunakan wang derma sewenang-wenangnya. Apa yang disumbangkan, itulah yang kami sampaikan. 
         Misi kali ketiga kami pergi lebih jauh, kg Batu 11 GuaMusang. Di situ dapat dilihat tiada bantuan yang diterima. Habis barang keperluan, kami di beritahu ada barang bantuan yang belum diedarkan. Barang tersebut berada di Machang, kami naik semula untuk dapatkan barang keperluan. Setelah kami pergi ke Machang, kami turun semula ke Gua Musang. Hasil perbincangan, kami tundakan kepulangan kami ke Kuala Lumpur. Kami bermalam di rumah hamba Allah yang sudi menumpangkan kami. Keesokan hari kami pergi ke perkampungan orang Asli Gua Musang. Alhamdulillah tugas kami dipermudahkan dan kami pulang pada lewat petang. 
       Saya dengan ini mewakili rakan-rakan meminta maaf jika ada silap dan salah di sepanjang misi bantuan banjir. Terima kasih kepada penyumbang budiman atas derma ikhlas saudara-saudari sekalian. Hanya Allah dapat membalas budi baik kalian. Sekian





https://www.facebook.com/klezcarcarrental
kereta sewa kuala lumpur
Mont Kiara Car Rental