Friday, July 25, 2014

BERHENTI KERJA - LAST PART

 Dengan lafaz bismillahirahmannirrohim. Syukur kehadrat Allah S.W.T atas limpah kurnianya. Masuk hari yang ke 28 Ramadhan, bulan yang mulia lagi diberkati. Segala amalan dilipat ganda yang tiada galang gantinya di bulan-bulan yang lain. 

*gambar di atas benda yang mustahil aku miliki tetapi alhamdulillah dengan izinNya.

   Sambungan kenapa aku berhenti kerja. Setelah berjumpa orang-orang yang hebat di restoran DeSaria, yang ku ingat aku masih bertongkat. Baru sebulan dua menjalani pembedahan lutut kali ke empat. Tragik bukan. Itulah lumrah kehidupan orang makan gaji, bermatian bekerja tetapi kesakitan yang ku alami. Orang yang berjambang ku maksudkan adalah Fuad, lepasan Uia yang kusangka pakcik rupanya lebih muda dari aku.

     Aku tertipu dengan rupa mereka, shahril-seth-fuad jauh lebih muda dari aku, tetapi, pemikiran lebih matang dari pemimpin negara. Itulah mereka, tulang belakang-orang kuat 'company' klezcar.com berselindung dengan penampilan yang bersahaja dengan 'income' aku anggar 20k-35k sebulan. Lebih besar dari orang yang makan gaji berpakaian hebat berkereta hebat dengan jawatan hebat.Siapa sangka bisnes kereta sewa memberi angka begitu.

      Aku lihat ini adalah satu peluang yang perlu aku cuba, dan ini bukan omong kosong, bukti tersedia, yang perlu usaha dan tawakal. Percaya kepada Allah yang maha esa, pemberi rezeki kepada makhluknya membuatkan aku berhenti kerja. Aku yakin hanya Allah yang menentukan jatuh bangun aku selepas ini, jauh dari pemikiran aku sebelum ini yang hanya makan gaji, menunggu bonus yang tidak seberapa. Tapi aku perlu hadapi satu ujian.

      Ujian bagaimana aku hendak beritahu kepada orang tua ku. Ku minta nasihat dari Shahril-Fuad-Seth-Adha(bekerja dgn Petronas telah berhenti) tentang perkara ini. Mereka tidak lokek, bercerita bagaimana nak meyakinkan kedua orang tuaku. Apa yang perlu aku buat elah dinasihatkan kepadaku dan ku lakukan seperti yang ditunjuk ajar. Alhamdullillah, berkat nasihat dan panduan mereka, kedua orang tua ku redha dengan pilihan ku. Memang berat bagi mereka kerana bapa ku makan gaji sampai pencen, abang-abang ku guru, kakak ipar ku guru, adikku guru dan aku juga guru. Bak kata orang lama - keje gomen secure. 

   
Ini kursus kejurulatihan level 1 futsal. Bersama peserta kursus adalah jurulatih kebangsaan lelaki da wanita.Nanti orang kata aku tipu pernah bekerja sebagai pemain bola sepak. I dont care people sick look at this picture. hehe
   Berada dalam kumpulan hebat bukan senang. Kepantasan motto kami. Siapa perlahan ketinggalan, usaha lebih inshaaAllah lebih lah Allah bagi. Siapa sangka dalam tiga bulan, kita boleh capai lima angka. Kerja makan gaji aku rasa makan puluhan tahun. Aku pernah kerja sebagai pemain bola, ku rasa hebat dengan gaji yang agak besar, tapi akhirnya apa yang aku perolehi?? Tiada apa hanya pengalaman bersuka-suka, glamour yang entah ke mana. Allah xbukakan jalan padaku waktu itu, tapi Allah beri aku hayati pengalaman hidup satu persatu supaya aku ingat di kala aku susah dahulu. MasyaaAllah, setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Kuterima dengan redha.

Kereta ini pajak, merasa gak bawa. Nak sewa ni rm 600 sehari. Lagi lama sewa lagi murah.


boleh hubungi 019-291 8181 / 011 2888 7064

berkenaan sewa kereta da motor.