Wednesday, January 28, 2015

ASSALAMUALAIKUM AND GOOD DAY.

NEED CAR FOR THIS WEEKEND ?? OR DONT HAVE TRANSPORT ??

JUST CALL 1300 88 4040 
OR CALL | SMS | WHATSAPP 
 019 291 8181

KLEZCAR MONT KIARA | HARTAMAS BRANCH




CAR RENTAL
KUALA LUMPUR CAR RENTAL
______________________________

KERETA SEWA
KERETA SEWA KUALA LUMPUR 

 https://www.facebook.com/klezcarcarrental

Sunday, January 18, 2015

KERETA SEWA KUALA LUMPUR

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

           Bermula 19hb Jan hingga 23hb Jan (Isnin hingga Jumaat), klezcar montkiara | hartamas branch akan mengadakan promosi penyewaan kereta minima dua hari akan diberi percuma satu hari. Jika menyewa pada hari Isnin(2hari minima sewa) - hari khamis diberi percuma. Jika Selasa(2hari minima sewa) - hari Jumaat diberi percuma. Jika menyewa pada hari Rabu atau Khamis (minima 2hari minima sewa) - hari Isnin depan akan diberi percuma.
PERODUA MYVI AUTO
            Bagaimana nak tebus?? sms atau whatsapp mont2free1 ke 019 291 8181. Pihak kami akan balas dan hubungi anda segera. Rebutlah peluang sementara stok masih ada. Kereta sewa kami berkeadaan baik sesuai untuk perjalanan jauh dan dekat. Jangan malu dan jangan segan jika ada pertanyaan.


TOYOTA VELLFIRE 2.4
PERODUA ALZA




CALL | SMS | WHATSAPP | WECHAT

019 291 8181 

https://www.facebook.com/klezcarcarrental

kereta sewa kuala lumpur
mont kiara car rental 

Friday, January 16, 2015

MISI BANTUAN BANJIR | KLEZCAR

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

      Hampir sebulan bencana alam menyinggahi bumi Malaysia. Tanpa di duga, musibah banjir tahun 2014 adalah yang terburuk sepanjang hampir 40 tahun. Persiapan menghadapi banjir tidak mencukupi kerana sebelum ini ia tidak seburuk 2014. Ramai yang kehilangan tempat tinggal, keluarga tercinta, sahabat handai dan haiwan ternakan.

      Kesan banjir kali ini dapat dilihat setiap pelusuk negeri yang terlibat, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis. Kemusnahan kali ini disampaikan oleh Allah supaya kita sebagai manusia senantiasa beriman kepadaNya. Kita sebagai makhluknya harus menerima ujian ni dengan redha dan membantu mangsa-mangsa banjir dari segi wang, masa dan tenaga. Sesunguhnya, Allah akan membalas kebaikan walaupun sebesar zarah. Tinggalkan kesenangan kamu, kongsilah pengalaman mereka dan bantulah mereka yang sekarang ini amat memerlukan sokongan anda semua.

        Misi bantuan banjir kali ke 3 oleh Partners KLezcar di Batu 11 Kg serian
        Klezcar telah tiga kali ke Kelantan dalam misi bantuan banjir. Bantuan yang kami sampaikan adalah sumbangan orang ramai, individu dan syarikat. Alhamdulillah, walaupun kami pergi tanpa rancangan, namun Allah membantu menyusun waktu kami di sana. Misi bantuan banjir yang pertama, kami ke Pasir Mas dan membantu mangsa banjir di Kg Meranti. 
        Tidak cukup dengan itu, ada penyumbang tidak putus menderma, dan kami gunakan wang untuk membeli barang keperluan di Tesco Kota Bharu. Esok hari kami sampaikan kepada penduduk Rantau Panjang yang kekurangan bekalan makanan. Kami bermalam di masjid Pasir Mas selama dua malam, dengan bantuan adik-adik dari Kolej Islam Selangor.


Rantau Panjang dilanda banjir 2014


       Misi bantuan banjir kali kedua dengan muatan lori 10tan dan 12buah 4x4 bergerak dari tol gombak jam 3pagi. Seperti biasa tiada arah tujuan, namun Allah mudahkan kami. Kami berhenti solat subuh di R n R Merapoh, ketika itu satu rombongan juga ke Kelantan. Salah seorang pemuda mendekati kami, bertanyakan hal tuju kami. Kami katakan kami masih belum tahu ke mana hendak dihantar bantuan-bantuan ini. Pemuda itu dengan nama panggilan Wan menyatakan kampungnya tiada bekalan makanan, tiada bantuan yang sampai di sebabkan terputus hubungan. Oleh yang demikian, kami mengikutinya menghala ke Kuala Krai.
        Setelah sampai di JPJ Kuala Krai, kami memunggah barang bantuan untuk dibawa ke kampung Karangan. Lori yang membawa bantuan tidak dapat masuk kerana jalan di naiki air dan merbahaya.

Kg Karangan Kuala Krai- terpaksa berjalan kaki dan menunda sampan.

      Misi bantuan kali ketiga kami pergi dengan 8buah pacuan empat roda. Kami terus ke Kuala Krai kerana mendapat berita kawasan di sana masih belum mendapat bantuan sepenuhnya. Sampai di sana kami dapati banyak bantuan dari pelbagai agensi, ngo dan kerajaan negeri telah tiba. Kami membuat keputusan untuk turun semula ke Gua Musang hasil perbincangan dengan ahli Peka iaitu Wak Ros. 






          Perjalanan yang mengambil masa satu jam tidak dirasai kerana semangat ingin membantu berkobar-kobar. Kami tidak dibayar walau sesen pon. Kami tidak inginkan populariti. Saya menulis pengalaman ini adalah sebagai bukti kepada penderma-penderma budiman di luar sana. Semoga Allah membalas berlipat ganda sumbangan yang diberikan. Kami tidak mahu disalahertikan, menggunakan wang derma sewenang-wenangnya. Apa yang disumbangkan, itulah yang kami sampaikan. 
         Misi kali ketiga kami pergi lebih jauh, kg Batu 11 GuaMusang. Di situ dapat dilihat tiada bantuan yang diterima. Habis barang keperluan, kami di beritahu ada barang bantuan yang belum diedarkan. Barang tersebut berada di Machang, kami naik semula untuk dapatkan barang keperluan. Setelah kami pergi ke Machang, kami turun semula ke Gua Musang. Hasil perbincangan, kami tundakan kepulangan kami ke Kuala Lumpur. Kami bermalam di rumah hamba Allah yang sudi menumpangkan kami. Keesokan hari kami pergi ke perkampungan orang Asli Gua Musang. Alhamdulillah tugas kami dipermudahkan dan kami pulang pada lewat petang. 
       Saya dengan ini mewakili rakan-rakan meminta maaf jika ada silap dan salah di sepanjang misi bantuan banjir. Terima kasih kepada penyumbang budiman atas derma ikhlas saudara-saudari sekalian. Hanya Allah dapat membalas budi baik kalian. Sekian





https://www.facebook.com/klezcarcarrental
kereta sewa kuala lumpur
Mont Kiara Car Rental