Friday, January 16, 2015

MISI BANTUAN BANJIR | KLEZCAR

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

      Hampir sebulan bencana alam menyinggahi bumi Malaysia. Tanpa di duga, musibah banjir tahun 2014 adalah yang terburuk sepanjang hampir 40 tahun. Persiapan menghadapi banjir tidak mencukupi kerana sebelum ini ia tidak seburuk 2014. Ramai yang kehilangan tempat tinggal, keluarga tercinta, sahabat handai dan haiwan ternakan.

      Kesan banjir kali ini dapat dilihat setiap pelusuk negeri yang terlibat, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis. Kemusnahan kali ini disampaikan oleh Allah supaya kita sebagai manusia senantiasa beriman kepadaNya. Kita sebagai makhluknya harus menerima ujian ni dengan redha dan membantu mangsa-mangsa banjir dari segi wang, masa dan tenaga. Sesunguhnya, Allah akan membalas kebaikan walaupun sebesar zarah. Tinggalkan kesenangan kamu, kongsilah pengalaman mereka dan bantulah mereka yang sekarang ini amat memerlukan sokongan anda semua.

        Misi bantuan banjir kali ke 3 oleh Partners KLezcar di Batu 11 Kg serian
        Klezcar telah tiga kali ke Kelantan dalam misi bantuan banjir. Bantuan yang kami sampaikan adalah sumbangan orang ramai, individu dan syarikat. Alhamdulillah, walaupun kami pergi tanpa rancangan, namun Allah membantu menyusun waktu kami di sana. Misi bantuan banjir yang pertama, kami ke Pasir Mas dan membantu mangsa banjir di Kg Meranti. 
        Tidak cukup dengan itu, ada penyumbang tidak putus menderma, dan kami gunakan wang untuk membeli barang keperluan di Tesco Kota Bharu. Esok hari kami sampaikan kepada penduduk Rantau Panjang yang kekurangan bekalan makanan. Kami bermalam di masjid Pasir Mas selama dua malam, dengan bantuan adik-adik dari Kolej Islam Selangor.


Rantau Panjang dilanda banjir 2014


       Misi bantuan banjir kali kedua dengan muatan lori 10tan dan 12buah 4x4 bergerak dari tol gombak jam 3pagi. Seperti biasa tiada arah tujuan, namun Allah mudahkan kami. Kami berhenti solat subuh di R n R Merapoh, ketika itu satu rombongan juga ke Kelantan. Salah seorang pemuda mendekati kami, bertanyakan hal tuju kami. Kami katakan kami masih belum tahu ke mana hendak dihantar bantuan-bantuan ini. Pemuda itu dengan nama panggilan Wan menyatakan kampungnya tiada bekalan makanan, tiada bantuan yang sampai di sebabkan terputus hubungan. Oleh yang demikian, kami mengikutinya menghala ke Kuala Krai.
        Setelah sampai di JPJ Kuala Krai, kami memunggah barang bantuan untuk dibawa ke kampung Karangan. Lori yang membawa bantuan tidak dapat masuk kerana jalan di naiki air dan merbahaya.

Kg Karangan Kuala Krai- terpaksa berjalan kaki dan menunda sampan.

      Misi bantuan kali ketiga kami pergi dengan 8buah pacuan empat roda. Kami terus ke Kuala Krai kerana mendapat berita kawasan di sana masih belum mendapat bantuan sepenuhnya. Sampai di sana kami dapati banyak bantuan dari pelbagai agensi, ngo dan kerajaan negeri telah tiba. Kami membuat keputusan untuk turun semula ke Gua Musang hasil perbincangan dengan ahli Peka iaitu Wak Ros. 






          Perjalanan yang mengambil masa satu jam tidak dirasai kerana semangat ingin membantu berkobar-kobar. Kami tidak dibayar walau sesen pon. Kami tidak inginkan populariti. Saya menulis pengalaman ini adalah sebagai bukti kepada penderma-penderma budiman di luar sana. Semoga Allah membalas berlipat ganda sumbangan yang diberikan. Kami tidak mahu disalahertikan, menggunakan wang derma sewenang-wenangnya. Apa yang disumbangkan, itulah yang kami sampaikan. 
         Misi kali ketiga kami pergi lebih jauh, kg Batu 11 GuaMusang. Di situ dapat dilihat tiada bantuan yang diterima. Habis barang keperluan, kami di beritahu ada barang bantuan yang belum diedarkan. Barang tersebut berada di Machang, kami naik semula untuk dapatkan barang keperluan. Setelah kami pergi ke Machang, kami turun semula ke Gua Musang. Hasil perbincangan, kami tundakan kepulangan kami ke Kuala Lumpur. Kami bermalam di rumah hamba Allah yang sudi menumpangkan kami. Keesokan hari kami pergi ke perkampungan orang Asli Gua Musang. Alhamdulillah tugas kami dipermudahkan dan kami pulang pada lewat petang. 
       Saya dengan ini mewakili rakan-rakan meminta maaf jika ada silap dan salah di sepanjang misi bantuan banjir. Terima kasih kepada penyumbang budiman atas derma ikhlas saudara-saudari sekalian. Hanya Allah dapat membalas budi baik kalian. Sekian





https://www.facebook.com/klezcarcarrental
kereta sewa kuala lumpur
Mont Kiara Car Rental





Thursday, August 21, 2014








MOTOR SEWA (PART ONE)
   Alhamdulillah syukur kepada Yang Maha Esa atas limpah dan kurniaNya. Aku seperti terpaku, dibuai mimpi yang mana tidak pernah aku jangka dalam hidup untuk menunggang motor berkuasa besar yakni jenama tersohor HARLEY DAVIDSON. Deruman ekzos dipacu enjin berkuasa kuda tinggi memang menjadi igauan setiap yang memandang.
      Pernah ayahku berkata ketika aku kecil, jika ingin memilikinya rajinlah belajar hingga ke menara gading. Namun,banyak menara ku panjat tetapi tidaklah jua dapt ku tungganginya. Allah itu maha kuasa, memberi jalan dari sesuatu yang mustahil menjadi kenyataan.
     Dengan izinNya aku dapat menikmati angan-angan mat jenin. Oleh itu, anda tidak lagi perlu membeli jika ingin merasai bibit-bibit bunyi irama yang mana sering memukau sesiapa yang melihat. Sediakan wang secukupnya, kami berikan apa yang terbuku di dalam jiwa anda. Motor Harley Davidson untuk disewa kini menjadi buruan para penunggang yang dahagakan kepuasan maksima. Telefon hotline 1300 88 4040 atau 019 291 8181. Boleh layari www.klezbike.com.





XR 1200X
Kuasa yang ingin anda rasa. Pulas pendikit(throttle) rasai kelajuannya.


IRON SPORTSTER 883
Ronda-ronda di kota raya sambil bergaya. Menjadi rebutan yang berjiwa muda.



STREETGLIDE
Touring type. Selesa jika berjalan jauh sambil mendengar radio.









   HUBUNGI :
1300 88 4040
       ATAU
019 291 8181

Friday, July 25, 2014

BERHENTI KERJA - LAST PART

 Dengan lafaz bismillahirahmannirrohim. Syukur kehadrat Allah S.W.T atas limpah kurnianya. Masuk hari yang ke 28 Ramadhan, bulan yang mulia lagi diberkati. Segala amalan dilipat ganda yang tiada galang gantinya di bulan-bulan yang lain. 

*gambar di atas benda yang mustahil aku miliki tetapi alhamdulillah dengan izinNya.

   Sambungan kenapa aku berhenti kerja. Setelah berjumpa orang-orang yang hebat di restoran DeSaria, yang ku ingat aku masih bertongkat. Baru sebulan dua menjalani pembedahan lutut kali ke empat. Tragik bukan. Itulah lumrah kehidupan orang makan gaji, bermatian bekerja tetapi kesakitan yang ku alami. Orang yang berjambang ku maksudkan adalah Fuad, lepasan Uia yang kusangka pakcik rupanya lebih muda dari aku.

     Aku tertipu dengan rupa mereka, shahril-seth-fuad jauh lebih muda dari aku, tetapi, pemikiran lebih matang dari pemimpin negara. Itulah mereka, tulang belakang-orang kuat 'company' klezcar.com berselindung dengan penampilan yang bersahaja dengan 'income' aku anggar 20k-35k sebulan. Lebih besar dari orang yang makan gaji berpakaian hebat berkereta hebat dengan jawatan hebat.Siapa sangka bisnes kereta sewa memberi angka begitu.

      Aku lihat ini adalah satu peluang yang perlu aku cuba, dan ini bukan omong kosong, bukti tersedia, yang perlu usaha dan tawakal. Percaya kepada Allah yang maha esa, pemberi rezeki kepada makhluknya membuatkan aku berhenti kerja. Aku yakin hanya Allah yang menentukan jatuh bangun aku selepas ini, jauh dari pemikiran aku sebelum ini yang hanya makan gaji, menunggu bonus yang tidak seberapa. Tapi aku perlu hadapi satu ujian.

      Ujian bagaimana aku hendak beritahu kepada orang tua ku. Ku minta nasihat dari Shahril-Fuad-Seth-Adha(bekerja dgn Petronas telah berhenti) tentang perkara ini. Mereka tidak lokek, bercerita bagaimana nak meyakinkan kedua orang tuaku. Apa yang perlu aku buat elah dinasihatkan kepadaku dan ku lakukan seperti yang ditunjuk ajar. Alhamdullillah, berkat nasihat dan panduan mereka, kedua orang tua ku redha dengan pilihan ku. Memang berat bagi mereka kerana bapa ku makan gaji sampai pencen, abang-abang ku guru, kakak ipar ku guru, adikku guru dan aku juga guru. Bak kata orang lama - keje gomen secure. 

   
Ini kursus kejurulatihan level 1 futsal. Bersama peserta kursus adalah jurulatih kebangsaan lelaki da wanita.Nanti orang kata aku tipu pernah bekerja sebagai pemain bola sepak. I dont care people sick look at this picture. hehe
   Berada dalam kumpulan hebat bukan senang. Kepantasan motto kami. Siapa perlahan ketinggalan, usaha lebih inshaaAllah lebih lah Allah bagi. Siapa sangka dalam tiga bulan, kita boleh capai lima angka. Kerja makan gaji aku rasa makan puluhan tahun. Aku pernah kerja sebagai pemain bola, ku rasa hebat dengan gaji yang agak besar, tapi akhirnya apa yang aku perolehi?? Tiada apa hanya pengalaman bersuka-suka, glamour yang entah ke mana. Allah xbukakan jalan padaku waktu itu, tapi Allah beri aku hayati pengalaman hidup satu persatu supaya aku ingat di kala aku susah dahulu. MasyaaAllah, setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Kuterima dengan redha.

Kereta ini pajak, merasa gak bawa. Nak sewa ni rm 600 sehari. Lagi lama sewa lagi murah.


boleh hubungi 019-291 8181 / 011 2888 7064

berkenaan sewa kereta da motor.